“Tabik kakak jururawat”

Kerjaya sebagai penjawat awam dalam sektor perkhidmatan kerajaan sering kali menerima kritikan netizen. Namun sebenarnya, masih ramai lagi penjawat awam yang benar-benar memberikan perkhidmatan terbaik dan telus kepada rakyat.

Apa yang berlaku dalam satu kejadian kemalangan di bawah ini menunjukkan sikap penjawat awam jururawat yang professional memberikan khidmatnya disaat beliau diperlukan. Tahniah dan terima kasih kepada jururawat ini. Anda adalah contoh penjawat awam yang terbaik!

Perkongsian oleh Azizan Ishak:

*TABIK KAKAK JURURAWAT*

14/5/2017- Eksiden kat kerpan jln kgr-alor setar7 pagi. Mangsa penunggang motosikal tak sedar diri..darah meleleh kluar dari telinga…kami tak tau apa nak buat….ambulan dan polis 30 min dah tipon tak muncul2…akak jururawat ni dalam prjalanan ke tempat kerja berenti kereta terus bagi bantuan….sangat profesional kerjanya…sambil menelefon semula ambulan. Syabas APM yang tiba dulu. Sekalung pnghargaan dan tahniah kakak jururawat. Tabik spring.

Gambar kemalangan