Jumpa pakaian dan gambar wanita dicucuk jarum dalam hutan

Perkongsian oleh Mohd Nur Rahmat Jumrael mengenai satu penemuan gambar wanita yang dicucuk jarum pada pakaian yang ditinggalkan di hutan.  Memang benar perkara seperti ini berlaku lagi-lagi di kawasan kampung pedalaman di mana masih ada yang mengamalkan ilmu-ilmu hitam ini.  Berdoalah agar kita sentiasa dilindungi olehNya. 

Bismillah,

Allahumma solli ala muhammad.

Pernah dengar pugai? atau pun buatan org? ke pernah dengar guna guna orang? atau mungkin sihir?

Mana-mana tempat mungkin benda ni masih wujud termasuk di sabah. Orang berjaya kita iri hati dan dengki. Orang tidak terima cinta, kita bomoh kannya.

Kesannya yg kena sihir tu, merana. Sakit, dan boleh bawa maut.

Gambar di bawah di rakamkan oleh kawan Tuan Tony Hma semasa mencari burung di dalam hutan, karambunai. Agak-agak gambar di cucuk menggunakan jarum dan juga baju wanita ini untuk apa ya??

P/s: Banyakkan “pendiding” dalam diri.

Nota: Sebelum ini sahabat sejemaah, di ceritakan oleh ust Mizan, perna kena sihir semasa menjalankan dakwah di daerah pitas. Bila berubat jantungnya seperti di cucuk2 oleh benda tajam. namun alhamdulillah ust tu berjaya di sembuhkan. Ada Amalan yg di pegang sebagai pendinding. Antaranya melazimi Al-mathurat pagi dan petang.

Posted by Mohd Nur Rahmat Jumrael on Tuesday, May 16, 2017

Posted by Mohd Nur Rahmat Jumrael on Tuesday, May 16, 2017