Britain beri amaran kepada peminat Sushi, temui “cacing” dalam perut pesakit

LISBON –  Para Doktor yang menulis dalam British Medical Journal Case Reports mengatakan peningkatan jangkitan parasit boleh dikaitkan dengan permakanan sushi yang semakin popular di negara barat.

Doktor Pakar yang merawat seorang pemuda berumur 32 tahun di Lisbon telah menemui larva parasit dalam perut pesakit tersebut.

Lelaki itu sebelum ini menderita sakit perut, muntah-muntah dan demam selama seminggu.

Doktor mengesyaki pesakit itu dijangkiti parasit anisakiasis (cacing) apabila dia mengatakan telah memakan sushi baru-baru ini.

Jangkitan anisakiasis selalunya berlaku apabila ikan atau sotong dimakan secara mentah.

Laporan doktor juga menyebut jangkitan anisakiasis selalunya berlaku di Jepun yang sinonim dengan makan sushi.

“Tetapi, ia (jangkitan anisakiasis) semakin meningkat di negara Barat,” kata doktor.

Agensi, NHS Choices mengatakan ikan atlantic salmon yang ditangkap di laut atau sungai di Britain juga berisiko mengandungi parasit sama.

Orang ramai dinasihatkan supaya membuang isi perut ikan, bekukan ia sekurang-kurangnya empat hari dan dimasak sebelum dimakan. – BBC