2 kes benar “Kenapa ibu-bapa perlu elak beri anak minum Susu Formula”

(Daripada Dr Pakar Kanak-Kanak Adda)

Assalam & selamat malam.

Saya nak share 2 kisah teladan buat semua.
 Ada satu pesakit berumur 5 setengah tahun yang datang sebab tonsilitis. Ibunya complaint anaknya tak nak makan sejak umur 1 tahun. Hanya bergantung kepada susu FM dalam botol. Perkembangannya lambat bercakap tapi sekarang dah ok. No signs of autisme or others & bukan dyspraxia.

Pesakit ini telah dinasihatkan oleh *doktor & ‘D’ (takut nak sebut sebab nanti kena hentam) daripada beberapa hospital & klinik (private & government) untuk tukar susu itu & ini. At last, umur 2 tahun, telah bertukar kepada satu susu tinggi kalori *P* yang kononnya sesuai untuk anak yang tak nak makan untuk tambah berat.

Maka, budak ni hanya minum susu itu sahaja berbotol-botol sehari…makanan yang diambil hanyalah keropok kerepek aje…kalau diberi nasi atau apa meal…anak ini akan tutup mulutnya. Najisnya memang keras sebab kurang fiber & water intake. Badannya kurus kering, tapi beratnya 14 kg (not too bad). Cuma dia kerap jatuh sakit & developmentnya memang lambat & slow learner.

Saya nasihatkan ibu untuk tinggalkan susu *P* & aturan waktu makannya secara DISIPLIN.
Ibunya risau sekiranya anaknya tak nak makan & tak ada susu pulak…saya suggest tukar kepada susu Fresh milk…saya katakan susu FM yang high calorie itu yang menyebabkan anaknya kenyang 3-4 jam…maka ia buat anak tak nak makan.

Kaunseling diberikan ; setiap pagi pastikan dia makan dulu…tinggalkan rutin hariannya yang minum susu dulu setiap pagi. No FM at all (sorok or beri sesiapa). Makan breakfast…kalau dia tak nak…tegas juga, pujuk or whatever…dont let him manipulate emosi ibu dengan tangisannya, bila dia lapar…berikan susu fresh milk (boleh campur dalam malta coklat or horlick). 
Then masa meal…paksa makan.

Alhamdulillah…after 1 week on follow up (semalam) pesakit ini boleh makan roti canai, noodles & beratnya juga bertambah 200 gm (within 1 week). Ibunya pun rajin masakkan apa2 asalkan dia nak makan. No more FM. Najisnya normal & anaknya semakin cergas…sel2 otak berhubung dengan lebih baik apabila mendapat zat makanan yang NATURAL…bukan artificial dalam FM.

Ini salah satu contoh daripada beratus kes yang bergatung kepada FM yang saya temui di klinik yang punya pelbagai masalah.

Hari ini bersaksikan 2 student saya : Saya ada rakam satu complaint parent tentang anaknya berumur 6 bulan yang sudah diberi FM sejak umur 1 bulan. Baby mengalami masalah cirit birit selama 3 minggu. Apa yang parents dapat informasi daripada doktor daripada hosp *H* & klinik2 swasta ialah tukar susu itu & ini…ayahnya mengeluh sebab bertukar berpuluh jenis susu…hanya baik sekejap aje…then jadi semula. 
Sampai susu paling mahal pun dia dah berikan tapi tetap sama. Treatment lain juga telah diberikan.

Apa yang saya suggest ialah ; start makan makanan pepejal (starchy food mcm bubur or kentang) yang akan bantu memejalkan najisnya. Teruskan dengan susu yang biasa dia minum sebelum ini. Saya counsel supaya ibu dapat relaktasi menghasilkan susu semula…
Ramai parents bila sebut cari ibu susuan…terus fikiran negatif…sedangkan fikiran negatif tu patutnya kepada susu FM bukan susu ibu susuan. Pelik saya kenapa parents hari ni risaukan masalah menjaga nasab keturunan…keep in touch laa…adohai. Zaman dah maju…ada database simpan IC, alamat, ada internet…entah apa lagilaa yang dirisaukan.

Ya, memang tak da statistik & sebagainya…
Tapi, semua yang saya share ada dalam komputer klinik saya sebagai bukti.

Saya harap parents jangan mudah tertipu dengan kelebihan2 susu FM walaupun untuk kanak-kanak selepas 2 tahun.

Saya telah maafkan sesiapa yang telah kecam saya dalam post FB personal saya. They dont know me in person. 
I know the difference of job scope between ‘D’ & ’DAN’…apa yang saya share are all the real cases.

Wassalam.