Kisah Cikgu Salihin ini mengingatkan kita kepada kisah didikan Keluarga Haji Sidek

Disebalik kehebatan Jaguh Cilik Catur Negara, Adik Afira Zahrah dan adik beradiknya, ada ayah yang bekorban untuk mereka. Perkongsian daripada Tuan Anas Hj Adnan ini menceritakan kisah yang seakan sama seperti jalan cerita didikan keluarga Sidek. Baca lagi:

[Kisah Lagenda Kejayaan Jaguh Cilik Catur Negara dan Pengorbanan Sang Bapa]

1. Cikgu Salihin merupakan seorang guru bahasa Melayu di sekolah kebangsaan Sungai Udang, Klang dan merangkap jurulatih sukan catur di daerah Klang, Selangor. Beliau juga merupakan satu-satunya guru di Selangor yang memiliki pusat pembangunan catur sendiri.

2. Minat Cikgu Salihin terhadap sukan catur begitu tinggi, sehinggakan kesemua anaknya dilatih untuk bermain catur seawal usia 4 tahun lagi. Menurut beliau, apabila waktu latihan beliau akan melayan anak-anaknya sama seperti pelajar-pelajar lain. Adakalanya, beliau akan bertegas demi membentuk displin mereka. Daripada sembilan orang anak, enam daripadanya bergiat aktif dalam sukan catur.

3. Banyak sudah pertandingan dan kejohanan yang disertai oleh anak-anak Cikgu Salihin, samada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Kebiasaannya latihan akan dibuat minimum 6 jam dalam seminggu. Tetapi, untuk persediaan ke kejohanan dunia, latihan dilipat gandakan lagi sehingga 5-6 jam dalam sehari.

4. Adik Afiqah sendiri telah berjaya merebut gelaran juara di peringkat kebangsaan tiga kali berturut-turut di dalam kategori kanak-kanak berusia bawah 8 tahun. Penglibatannya dalam pelbagai pertandingan bermula dari seawal umurnya lima tahun lagi.

5. Oleh kerana pencapaiannya itu, empat orang anaknya telah terpilih untuk bertanding di peringkat dunia baru-baru ini. Tetapi oleh kerana ketiadaan penaja dan kos yang tinggi untuk ke luar negara, Cikgu Salihin hanya mampu membawa dua orang sahaja anaknya. Iaitu Anisah,17 tahun dan Afiqah,7 tahun. Seorang daripadanya, Farah Liyana,9 tahun merupakan johan dalam kejohanan Women Candidate Master di Korea tak dapat ikut bersama.

6. Difahamkan, kos yang terpaksa beliau tanggung untuk menyertai kejohanan dunia itu mencecah sehingga RM30 ribu. Namun, atas dasar minat dan ingin melihat kejayaan anak-anaknya yang berbakat di dalam sukan catur ini serta misi membawa nama negara, beliau telah membuat keputusan nekad dengan menjual rumah keduanya bernilai RM65 ribu.

7. Kisah Cikgu Salihin ini mengingatkan kita kepada kisah didikan Keluarga Haji Sidek yang telah melahirkan barisan jaguh sukan badminton negara di dalam sejarah Malaysia. Sekarang kita sudah punya keluarga lagenda baru dalam sukan catur negara. Anak-anak Cikgu Salihin.

8. Mengapa Pemuda ISMA Klang membuat liputan dan mengangkat cerita keluarga Cikgu Salihin ini ? Sebab yang pertama adalah, kerana keluarga beliau adalah anak jati dari Klang. Keduanya, kami mahu nasib beliau dibela oleh pihak yang sepatutnya. Ketiga, kami berharap agar kisah keluarga hebat ini menjadi inspirasi kepada ibu bapa dan anak muda.

9. Kisah seperti ini sepatutnya menjadi kebangaan seluruh rakyat Malaysia, diberi liputan di media-media lebih daripada mengagungkan kisah-kisah artis bercinta, bercerai yang tidak mendatangkan faedah kepada masyarakat dalam membangun tamadun negara. Anak-anak kita perlu mengambil mereka ini sebagai contoh idola lebih daripada bintang kecil di rancangan realiti tv.

10. Jika Tuan/Puan behasrat ingin menyalurkan sumbangan, atau ada mengenali badan korporat yang sudi menaja keluarga ini boleh berbuat demikian di akaun CIMB milik Cikgu Salihin di no berikut, 12210072958526 atau pm admin di inbox sebagai wakil tabung sumbangan kepada Cikgu Salihin Ahmad.

Disediakan Oleh : Zabidi Hj Azhar
Wakil Pemuda ISMA Klang

[Kisah Lagenda Kejayaan Jaguh Cilik Catur Negara dan Pengorbanan Sang Bapa]

1. Cikgu Salihin merupakan seorang guru…

Posted by ANAS HJ. ADNAN on Wednesday, April 26, 2017

 

 

UPDATE TERKINI | Wira Catur Negara

Perlawanan sudah pun bermula, pertemuan di antara wakil Malaysia termuda, adik…

Posted by ANAS HJ. ADNAN on Thursday, April 27, 2017

Gambar adik Afiqah Zahrah dengan pemain dari Mongolia.