“Saya nak pindah kerana saya kena tumbuk tanpa sebab” – Diari Thaqif

Satu persatu luahan adik Thaqif dapat kita baca melalui catitan-catitan di diari peribadinya. Kalau lah luahan hatinya itu dapat didengari lebih awal… Namun, semuanya sudah ditakdirkan, adik Thaqif telah pergi meninggalkan kita.

“Kisah saya pada hari ini”

Assalamualaikum…

Hari ni, hari Isnin saya rasa di mtaj ni tak seronok sangat besok hari selasa saya dah 40 hari besok saya nak call mak saya. Saya nak cakap nak pindah kerana semalam saya kena tumbuk tanpa sebab. Dia suruh basuh talam tapi bukan ten saya pastu dia paksa paksa saya pastu saya basuh cawan selepas saya basuh cawan saya nak letak cawan pastu dia terus tumbuk saya di punggung saya tak leh tahan lagi. Ya Allah buka kanlah hati mak bapa ku dan ustaz afdol dan sheikh fahmi harap harap mereka semua mengizinkan saya pindah besok wahai yang maha penyatun dan mengatahui keadaan makhluknya. Ya Allah tolonglah bukakanlah hati bapa ku dan ustaz afdol dan sheikh fahmi untuk mengizinkan aku pindah besok tolong makbulkan doaku Ya Allah.

Amin

Diari adik Thaqif

Sekitar urusan pengebumian Adik Thaqif di Tanah Perkuburan Islam FELDA Bukit Aping Timur tengah malam tadi.

اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ فَرَطًا لِأَبَوَيْهِ وَسَلَفًا وَذُخْرًا وَعِظَةً وَاعْتِبَارًا وَشَفِيعًا وَثَقِّلْ بِهِ مَوَازِينَهُمَا وَأَفْرِغْ الصَّبْرَ عَلَى قُلُوبِهِمَا وَلَا تَفْتِنْهُمَا بَعْدَهُ وَلَا تَحْرِمْهُمَا أَجْرَهُ
Ya Allah jadikanlah dia sebagai penolong kepada kedua ibubapanya, dan sebagai harta pertaruhan bagi keduannya. Dan jadikanlah dia sebagai peringatan dan iktibar dan pemohon syafaat bagi kedua ibubapanya. dan beratkanlah timbangan amal keduanya dan penuhilah kesabaran di dada kedua ibubapanya. Dan janganlah dia menjadi fitnah (ujian) selepas kematiannya dan janganlah hampakan keduanya dari mendapat pahala di atas kematiannya

(Petikan Doa yang diambil daripada komen rakan The Alternatif, Haji Mohd Fairuz untuk Allahyarham Adik Thaqif )