“Saya mahu jadi huffaz dalam masa 2 tahun”

Pemergian adik Thaqif turut dirasai seluruh rakyat Malaysia. Siapa saja yang mengikuti kisah adik Thaqif pasti akan tersentuh.

Manakan tidak, pada usia seawal 11 tahun sudah mengabdikan diri berusaha menghafaz kalam Allah. Dalam masa yang sama adik Thaqif pula menghadapi dugaan di tempat pembelajarannya dan kemungkinan paip air yang menghinggapi kakinya itu adalah asbab kepada pemergiannya.

Dalam nota yang ditulis dan disimpan dalam Al-Quran miliknya, adik Thaqif sudah menyimpan hasrat untuk menjadi huffaz dalam 2 tahun. Dalam catitannya itu juga, dia turut menulis 3 cara-cara menjadi huffaz. Sesuatu yang boleh diikuti.


Subhanallah, walaupun adik Thaqif sudah tiada, dia masih mampu berbuat kebaikan.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Takziah kepada keluarga Thaqif. sememangnya pemergian anak syurga ini memberi kesan kepada semua. – The Alternatif

Gambar adik Thaqif yang dimuatnaik ibunya:

Ya Allah….berat sungguh dugaan yg kau berikan pd anakku dlm menghafaz Kalammu……kuat yea sayang…setiap…

Posted by Dayang Thaqifah on Wednesday, April 19, 2017