“Ya Allah… berat sungguh dugaan yang kau berikan pada anakku dalam menghafaz Kalammu”

Keadaan kesihatan Adik Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, murid yang terpaksa dipotong kedua belah kakinya dilaporkan semakin teruk. Terbaru, ibu kepada adik Thaqif, Puan Felda Wani mengatakan tangan anaknya pula perlu dibedah akibat kuman yang mengjangkiti kaki anaknya itu terlalu cepat merebak ke anggota badan yang lain.

“Semalam lepas potong kaki… tangan kanan dah mula bengkak dan kehitaman.. .Awal pagi tadi.. doktor minta kebenaran… untuk belah tangan Thaqif bagi kurangkan tekanan… kuman merebak sangat cepat….Saya dah redha apa jua ketentuan Allah…” Tulisnya.

Berikut Kronologi rawatan dan keadaan Adik Mohamad Thaqif:

Dalam masa yang sama, ibu Thaqif turut memohon doa semua untuk kesembuhan buat anaknya.

Adik Mohamad Thaqif merupakan murid di sebuah Madrasah di Kota Tinggi, Johor Bahru. Thaqif dikatakan merayu kepada ibunya agar dikeluarkan dari madrasah tersebut setelah mendakwa dipukul oleh pembantu warden menggunakan paip air.

Selepas lebih dari dua minggu kejadian tersebut, keadaan kaki Thaqif semakin teruk dan akhirnya kedua belah kakinya terpaksa dipotong setelah darah beku terkena jangkitan hingga melarat ke bahagian buah pinggang sehingga merosakkan fungsi buah pinggangnya.

Pembantu warden yang dipercayai memukul pelajar lelaki tersebut dilaporkan telah ditahan untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata pada 18 April lalu, pihaknya menerima laporan dari ibu mangsa, Felda Wani Ahmad, yang mendakwa anaknya Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffi, 11, dipukul oleh warden sekolahnya dengan paip getah pada 24 Mac 2017.