Hari bahagia bertukar “tragis” gara-gara Makeup Artist

Hari bahagia di Majlis Perkahwinan seorang pengguna Facebook, Puan Nurul Hidayah bertukar “tragis” semuanya gara-gara Make-Up Artis (MUA).

Hidayah yang berkongsi gambar-gambar wajahnya menyatakan kekecewaan dengan hasil make up oleh MUA yang sudah termasuk dalam pakej ditawarkan oleh Wedding Plannernya.

“Saya tidak mahu mendedahkan mana-mana pihak, cukuplah memberi peringatan supaya pilihla Wedding Planner yang terbaik untuk hari bahagia anda nanti” katanya.





Namun, bebarapa jam kemudian setelah post beliau tular, Hidayah mengatakan bukan Wedding Plannernya yang menjadi masalah, namun semuanya disebabkan MUA tersebut yang menjadikan majlis itu ‘spoil’.



Dia yang tidak mahu mendedahkan MUA tersebut berharap agar kejadian yang dialaminya menjadi pengajaran kepada pasangan yang bakal berkahwin agar berhati-hati apabila mengambil pakej perkahwinan.

“Disebabkan saya alaminya sendiri. Kecewanya saya, saya rasa bertanggungjawab untuk SHARE sebagai langkah berjaga-jaga.” Tambah Hidayah lagi.