“Dia kata nak tolong sebab nampak adik saya macam tak sihat”

Perkongsian daripada page Info Ibu Hamil.

Adik saya bersalin minggu lepas di hospital nak jadi cerita dia didatangi oleh seorang lelaki yang mengaku ustaz. Dia kata nak tolong sebab nampak adik saya macam tak sihat. Dia berikan air minuman, masa tu adik macam dah di pukau. Kemudian ‘ustaz’ tu mula pegang pinggang dan perut adik. Mujur ada doktor cepat sampai dan tegur kenapa kacau pesakit. Ustaz tu berlalu pergi dan tanya pada adik suami ke? Masa tu la baru dia macam tersedar dan cakap bukan. Polis ada datang ambil report dan katakan sekarang banyak kes orang cuba hantar saka atau berniat tak baik. Jadi pada ibu-ibu yang bakal bersalin dan ahli keluarga terdekat berjaga-jaga la takut jadi apa-apa yang tak baik….

Walaupun tidak dijelaskan terperinci dimana dan bila kejadian ini berlaku, tetapi lebih baik ia dijadikan sebagai peringatan kepada ibu-ibu yang bakal bersalin agar sentiasa mengambil langkah berhati-hati.

Beberapa komen yang mendakwa kes yang seakan sama pernah berlaku: