“Apasal engkau ni bodoh sangat… 15 minit aku tunggu… kau ada bayar?”

“Bodoh nak mampus! Si*l…”.

Itulah antara kata-kata makian yang diterima oleh seorang pemandu wanita gara-gara menghalang parking kereta pemandu lain.

Dalam satu video yang tular di media sosial, pemilik kenderaan yang dihalang  tersebut mendakwa menunggu selama lebihkurang 10 minit sebelum wanita tersebut muncul.

“10 minit aku tunggu, dekat 15 minit, takda aku pecah cermin tarik handbrake. minta maaf” kata lelaki tersebut.

Saat wanita tersebut muncul, lelaki tersebut terus menghamburkan kata-kata makian keatasnya.

“Apasal engkau ni bodoh sangat… 15 minit aku tunggu… kau ada bayar? aku bayar tau parking!”  tambah lelaki itu.

Wanita itu mengatakan dia mempunyai urusan dan melihat pada raut wajahnya seakan mengakui kesalahan akibat menghalang kereta pemandu lelaki tersebut. Semoga menjadi pengajaran kepada para pemandu lain. Jika ada urusan penting dan sukar mendapat ruang tempat letak kereta, tinggalkan lah nota, no telefon dan lepaskan handbrake kereta. Jangan susahkan pemandu lain, kelak diri sendiri yang mendapat.

VIDEO (Kredit – Page We Are Malaysian):